Peranan Guru Dalam Bilik Darjah

Seseorang guru perlu mempunyai daya tarikan tersendiri dari segi pengajaran dan juga komunikasi dengan pelajar . Di samping itu, faktor yang paling penting dalam membincangkan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah adalah komunikasi yang berkesan. Antara ciri tersebut adalah penggunaan bahasa yang sopan dan mudah difahami . Sebagai seorang guru , hendaklah ditegaskan untuk bersopan ketika menutur kata walaupun berhadapan dengan situasi yang tegang . Hal ini kerana , guru harus bersikap profesional dalam menjalankan tugas . Selain itu, sewaktu pembelajaran berlaku , guru perlu lah memberi perhatian kepada semua pelajar , tiada unsur pilih kasih antara yang lemah dan pandai . Guru juga perlu memberi perhatian terhadap murid dan juga menghormati keputusan mereka . Sewaktu pengajaran , guru digalakkan untuk mempunyai kontek mata apabila berbicara dengan murid dan juga bersemangat ketika mengajar dengan menggunakan lontaran suara yang jelas bagi menggalakkan murid menumpukan perhatian .Personaliti seseorang guru juga sangat penting kerana guru selalu dijadikan contoh dalam masyarakat. Seorang guru yang profesional mestilah mempunyai kekuatan dari segi mental kerana sangatlah mencabar untuk mengawal murid serta menjalankan aktiviti P&P pada waktu yang sama . Justeru , kemahiran mengurus bilik darjah tidak bole dipandang enteng . Pengurusan bilik darjah juga melibatkan persekitaran fizikal dan psikososial. Persekitaran fizikal melibatkan susun atur dan juga reka bentuk bilik darjah . Suasana yang ceria dan selesa menjadikan pelajar berminat untuk menumpukan perhatian ketika belajar manakala persekitaran psikososial pula adalah suasana yang melibatkan perasaan dan juga penerimaan rakan sekelas bilik darjah . Persekitaran psikososial amat pemting bagi mewujudkan komunikasi terbuka dan juga perkongsian idea . Justeru, ianya akan meggalakkan pembelajaran yang koperatif .

Comments