Posts

Showing posts from November, 2018

Peranan Guru Dalam Bilik Darjah

Seseorang guru perlu mempunyai daya tarikan tersendiri dari segi pengajaran dan juga komunikasi dengan pelajar . Di samping itu, faktor yang paling penting dalam membincangkan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah adalah komunikasi yang berkesan. Antara ciri tersebut adalah penggunaan bahasa yang sopan dan mudah difahami . Sebagai seorang guru , hendaklah ditegaskan untuk bersopan ketika menutur kata walaupun berhadapan dengan situasi yang tegang . Hal ini kerana , guru harus bersikap profesional dalam menjalankan tugas . Selain itu, sewaktu pembelajaran berlaku , guru perlu lah memberi perhatian kepada semua pelajar , tiada unsur pilih kasih antara yang lemah dan pandai . Guru juga perlu memberi perhatian terhadap murid dan juga menghormati keputusan mereka . Sewaktu pengajaran , guru digalakkan untuk mempunyai kontek mata apabila berbicara dengan murid dan juga bersemangat ketika mengajar dengan menggunakan lontaran suara yang jelas bagi menggalakkan murid menumpukan perhatian